Bercakap pasal lampu awam... ianya terlalu umum, apa yang pasti lampu jln mesti menyala apabila sampai pada masanya iaitu antara pukul 7.15pm dan padam pada pukul 7.15am. Sy ingin menarik perhatian pembaca blog sy ini ... lebih kpd maklumat kpd pembaca. Seperti yang sy pernah menulis di salam perkenalan lampu awam / lampu jalan, siapakah yang empunya lampu awam ini?
Tanggungjawab keatas lampu jalan yang berada di tepi-tepi jalan di jalanraya di seluruh semenanjung Malaysia adalah tanggungan oleh beberapa pihak. Sering kali masyarakat kita beranggapan bila berkait dengan lampu / letrik segelintir masyarakat Malaysia akan fokas kepada TNB sebab TNB satu-satunya badan koprat yang terunggul di Asia Tenggara yang menjual elektri. Walaupun TNB adalah penggerak kemajuan Negara namun tanggungjawab terhadap lampu jalan bukanlah total kepada TNB sebaliknya ianya di kongsi bersama dengan beberapa pihak lain seperti Majlis Tempatan, Perbadanan Kemajuan Negeri, Jabatan Kerja Raya dan Lebuhraya-lebuhraya (cth. KESAS, PLUS dll).
Bagaimanakah kita hendak mengenali tuan-tuan lampu tersebut? Sememangnya amat kurang penjelasan yang masyarakat kita dapat untuk membezakan tuan-tuan lampu tsb. Disini sy jelaskan berdasar pengalaman dan sedikit pengetahuan yang sy ada. Berkait dengan penyelenggaraan lampu jalan, telah mendapat persetujuan bersama antara beberapa pihak yang sy katakan spt diatas. Semua lampu-lampu jalan yang berada di taman-taman perumahan (kecuali lampu di taman permainan dlm taman perumahan) dan kedudukan lampu tersebut mestilah melekat pada tiang simen (span pole) ianya adalah di bawah senggaraan TNB. Lampu-lampu tersebut bilnya dibayar oleh pihak Majlis Tempatan (akaun Majlis)
Sebarang permohonan berkaitan dengan lampu jalan pada tiang simen TNB sediada / tambah baru mestilah mendapat kelulusan pihak Majlis Tempatan. TNB hanyalah membaiki sekiranya lampu tersebut rosak. Orang awam boleh membuat aduan kerosakan lampu jalan kepada TNB melalui No.bebas tol.
15454. Pihak TNB akan baiki lampu tersebut dalam masa 48jam dari tarikh dan masa aduan.