Tuesday, August 31, 2010

Lampu jalan di bawah senggaraan Majlis Tempatan dan jabatan lain.

Selain daripada lampu yang berada pada tiang simen (span pole) iaitu lampu jalan tiangnya adalah besi atau lampu tiang cantik (taman permainan / putrajaya) senggaraannya adalah di bawah Majlis Tempatan atau JKR atau Perbadanan Kemajuan Negeri Atau Lebuhraya.

Sekiranya lampu lampu tiang besi berada dalam kawasan taman senggaraan di bawah pihak Majlis Tempatan, biasanya kedudukan lampu tsb. berada di jalan jalan utama dan ada juga keseluruhan taman itu lampunya adalah tiang besi.

Berbeza dengan lampu lampu kawasan Flat, walaupun ianya dari tiang besi atau lebih rendah sedikit daripada lampu lampu tiang besi dijalan jalan utama senggaraannya di buat oleh Perbadanan Kemajaun Negeri (cth.PKNS).

Di Jalan-jalan persekutuan pula, lampu tersebut di senggarakan oleh pihak JKR, sebagai contoh jalan antara daerah ke daerah lagi satu. sekiranya terdapat lampu....

Di lebuhraya pula lampu lampunya di bawah senggaran lebuhraya itu sendiri, seperti Lebuhraya Utara Selatan, KESAS, PLUS dan lain lain.

SRS

Hari rakan SRS pondok penunggu bertambah seorang yang bernama twi dari fasa 9.