Tak kurang juga ramai di kalangan kita yang mahu lampu jalan berada dihadapan rumah sendiri. Tujuannya adalah untuk keselatan.... disamping menerangi halaman rumah dan tak perlu pasang lampu di berandar rumah dengan harapan dpt jimat bil letrik rumah.
Terlebih dahulu ingin saya terangkan status lampu jalan individu dan lampu PLB.
1). Definasi Lampu Individu - lampu yang dipasang di tepi jalanraya yang berprimix untuk menerangi jalan yang digunakan oleh orang ramai, caj RM10.00 akan dimasuk kedalam akaun individu yang memohon. Moral - disamping menerangi jalanraya individu berkenaan membuat amal jariah menerangi jalan yang digunakan oleh orang ramai dan TNB menanggung kos lampu, pemasangan dan senggaraan (kos 1set lampu yang TNB tanggung adalah RM480.00 - senggaraan percuma).
2). Syarat - Lampu yang hendak dipasang itu mestilah mengadap ke arah jalan raya dan bukan kearah rumah pemohon. Lampu tsb hendaklah dipasang pada tiang sediada. Tidak boleh dipasang dalam kawasan pagar rumah. Pihak TNB boleh pada bila-bila masa sahaja menutup akaun dan menanggal semula lampu jalan tersebut sekiranya tnb rasa perlu berbuat demikian.
3). Cara memohon - Perlu datang sendiri ke pejabat tnb yang berhampiran untuk mengisi borang permohonan. 1 salinan I/C. 1 salinan bil letrik lama. dan plan lakar lokasi lampu yang hendak di pasang mesti disertakan semasa menghantar borang permohonan tersebut.
4). Bahagian lampu jalan tnb akan menghantar seorang penyeli untuk lawatan tapak di permis yang memohon lampu individu. sekiranya permohonan itu diluluskan, pemasangan akan dibuat dalam masa 2minggu.
TNB telah mewujudkan pemasangan lampu individu dimana seseorang itu boleh memohon dengan pihak TNB untuk pemasangan lampu ini di kawasan berhampiran kediaman individu berkenaaan. Pihak TNB tidak keberatan untuk meluluskan permohanan berkenaan dengan mengikut syarat yang telah ditetapkan. Individu yang membuat permohonan tidak perlu membayar sebarang kos pemasangan atau permohonan, ianya adalah percuma. Sekiranya permohonan individu berkenaan telah mendapat kelulusan, lampu jalan tersebut akan dipasang,ditiang yang telah ditetapkan oleh estimater TNB semasa lawatan tapak. Caj sebanyak RM10.00 sebulan akan dikenakan dan akan dimasukan kedalam bil bulanan.
Lampu PLB
Perbezaan lampu ini hanyalah dari segi ianya dipasang. PLB adalah Pembangunan Luar Bandar.
Biasanya lampu ini diberi oleh kerajaan tempat kepada ketua-ketua kampong sebanyak 10 unit setiap ketua kampong. kedudukan lampu ini pula ditentukan oleh ketua kampong bersama JKK kampong.
Thursday, September 2, 2010
Tuesday, August 31, 2010
Lampu jalan di bawah senggaraan Majlis Tempatan dan jabatan lain.
Selain daripada lampu yang berada pada tiang simen (span pole) iaitu lampu jalan tiangnya adalah besi atau lampu tiang cantik (taman permainan / putrajaya) senggaraannya adalah di bawah Majlis Tempatan atau JKR atau Perbadanan Kemajuan Negeri Atau Lebuhraya.
Sekiranya lampu lampu tiang besi berada dalam kawasan taman senggaraan di bawah pihak Majlis Tempatan, biasanya kedudukan lampu tsb. berada di jalan jalan utama dan ada juga keseluruhan taman itu lampunya adalah tiang besi.
Berbeza dengan lampu lampu kawasan Flat, walaupun ianya dari tiang besi atau lebih rendah sedikit daripada lampu lampu tiang besi dijalan jalan utama senggaraannya di buat oleh Perbadanan Kemajaun Negeri (cth.PKNS).
Di Jalan-jalan persekutuan pula, lampu tersebut di senggarakan oleh pihak JKR, sebagai contoh jalan antara daerah ke daerah lagi satu. sekiranya terdapat lampu....
Di lebuhraya pula lampu lampunya di bawah senggaran lebuhraya itu sendiri, seperti Lebuhraya Utara Selatan, KESAS, PLUS dan lain lain.
SRS
Hari rakan SRS pondok penunggu bertambah seorang yang bernama twi dari fasa 9.
Sunday, January 3, 2010
Lampu Awam 1
Bercakap pasal lampu awam... ianya terlalu umum, apa yang pasti lampu jln mesti menyala apabila sampai pada masanya iaitu antara pukul 7.15pm dan padam pada pukul 7.15am. Sy ingin menarik perhatian pembaca blog sy ini ... lebih kpd maklumat kpd pembaca. Seperti yang sy pernah menulis di salam perkenalan lampu awam / lampu jalan, siapakah yang empunya lampu awam ini?
Tanggungjawab keatas lampu jalan yang berada di tepi-tepi jalan di jalanraya di seluruh semenanjung Malaysia adalah tanggungan oleh beberapa pihak. Sering kali masyarakat kita beranggapan bila berkait dengan lampu / letrik segelintir masyarakat Malaysia akan fokas kepada TNB sebab TNB satu-satunya badan koprat yang terunggul di Asia Tenggara yang menjual elektri. Walaupun TNB adalah penggerak kemajuan Negara namun tanggungjawab terhadap lampu jalan bukanlah total kepada TNB sebaliknya ianya di kongsi bersama dengan beberapa pihak lain seperti Majlis Tempatan, Perbadanan Kemajuan Negeri, Jabatan Kerja Raya dan Lebuhraya-lebuhraya (cth. KESAS, PLUS dll).
Bagaimanakah kita hendak mengenali tuan-tuan lampu tersebut? Sememangnya amat kurang penjelasan yang masyarakat kita dapat untuk membezakan tuan-tuan lampu tsb. Disini sy jelaskan berdasar pengalaman dan sedikit pengetahuan yang sy ada. Berkait dengan penyelenggaraan lampu jalan, telah mendapat persetujuan bersama antara beberapa pihak yang sy katakan spt diatas. Semua lampu-lampu jalan yang berada di taman-taman perumahan (kecuali lampu di taman permainan dlm taman perumahan) dan kedudukan lampu tersebut mestilah melekat pada tiang simen (span pole) ianya adalah di bawah senggaraan TNB. Lampu-lampu tersebut bilnya dibayar oleh pihak Majlis Tempatan (akaun Majlis)
Sebarang permohonan berkaitan dengan lampu jalan pada tiang simen TNB sediada / tambah baru mestilah mendapat kelulusan pihak Majlis Tempatan. TNB hanyalah membaiki sekiranya lampu tersebut rosak. Orang awam boleh membuat aduan kerosakan lampu jalan kepada TNB melalui No.bebas tol.
15454. Pihak TNB akan baiki lampu tersebut dalam masa 48jam dari tarikh dan masa aduan.
Saturday, January 2, 2010
Lampu Awam
Ramai di kalangan kita kurang arif dengan lampu awam atau lampu jalan. Lampu jalan sangat penting kpd kita di waktu malam. Pernahkah kita terfikir siapakah yang empunya lampu-lampu tersebut? kepada siapa kita hendak mengadu bila lampu dihadapan rumah / simpang / dimana sahaja lampu jalan tak menyala pada waktu malam? atau menyala pada siang hari.... sudah terang lagi bersuluh!! Apa yg harus kita buat?? adakah kita perlu lihat sahaja sambil menggelingkan kepala tanda protes, tapi kepada siapa perasaan tidak puas hati itu yang hendak kita tujukan? Apakah yang di katakan lampu individu? Di manakah lampu tersebut boleh dipasang? Apakah pula yang dikatakan lampu PLB? Dengan siapa kita hendak memohon lampu individu tersebut? InshaAllah saya akan cuba menjawab kesemua persoalan diatas berdasarkan garis panduan yg telah dibuat oleh TNB, Majlis Tempatan dan pihak2 yg berkenaaan.
Friday, January 1, 2010
Selamat datang ke Sembang Antu Bucu5
Selamat Datang ke blog antu bucu5
Apa kata kita bersembang tentang lampu jalan.... ianya sesuatu yang sangt penting pada waktu malam,
Apa kata kita bersembang tentang lampu jalan.... ianya sesuatu yang sangt penting pada waktu malam,
Subscribe to:
Posts (Atom)