Thursday, September 2, 2010

Lampu individu dan lampu PLB

Tak kurang juga ramai di kalangan kita yang mahu lampu jalan berada dihadapan rumah sendiri. Tujuannya adalah untuk keselatan.... disamping menerangi halaman rumah dan tak perlu pasang lampu di berandar rumah dengan harapan dpt jimat bil letrik rumah.

Terlebih dahulu ingin saya terangkan status lampu jalan individu dan lampu PLB.

1). Definasi Lampu Individu - lampu yang dipasang di tepi jalanraya yang berprimix untuk menerangi jalan yang digunakan oleh orang ramai, caj RM10.00 akan dimasuk kedalam akaun individu yang memohon. Moral - disamping menerangi jalanraya individu berkenaan membuat amal jariah menerangi jalan yang digunakan oleh orang ramai dan TNB menanggung kos lampu, pemasangan dan senggaraan (kos 1set lampu yang TNB tanggung adalah RM480.00 - senggaraan percuma).

2). Syarat - Lampu yang hendak dipasang itu mestilah mengadap ke arah jalan raya dan bukan kearah rumah pemohon. Lampu tsb hendaklah dipasang pada tiang sediada. Tidak boleh dipasang dalam kawasan pagar rumah. Pihak TNB boleh pada bila-bila masa sahaja menutup akaun dan menanggal semula lampu jalan tersebut sekiranya tnb rasa perlu berbuat demikian.

3). Cara memohon - Perlu datang sendiri ke pejabat tnb yang berhampiran untuk mengisi borang permohonan. 1 salinan I/C. 1 salinan bil letrik lama. dan plan lakar lokasi lampu yang hendak di pasang mesti disertakan semasa menghantar borang permohonan tersebut.

4). Bahagian lampu jalan tnb akan menghantar seorang penyeli untuk lawatan tapak di permis yang memohon lampu individu. sekiranya permohonan itu diluluskan, pemasangan akan dibuat dalam masa 2minggu.

TNB telah mewujudkan pemasangan lampu individu dimana seseorang itu boleh memohon dengan pihak TNB untuk pemasangan lampu ini di kawasan berhampiran kediaman individu berkenaaan. Pihak TNB tidak keberatan untuk meluluskan permohanan berkenaan dengan mengikut syarat yang telah ditetapkan. Individu yang membuat permohonan tidak perlu membayar sebarang kos pemasangan atau permohonan, ianya adalah percuma. Sekiranya permohonan individu berkenaan telah mendapat kelulusan, lampu jalan tersebut akan dipasang,ditiang yang telah ditetapkan oleh estimater TNB semasa lawatan tapak. Caj sebanyak RM10.00 sebulan akan dikenakan dan akan dimasukan kedalam bil bulanan.

Lampu PLB

Perbezaan lampu ini hanyalah dari segi ianya dipasang. PLB adalah Pembangunan Luar Bandar.
Biasanya lampu ini diberi oleh kerajaan tempat kepada ketua-ketua kampong sebanyak 10 unit setiap ketua kampong. kedudukan lampu ini pula ditentukan oleh ketua kampong bersama JKK kampong.
                                                                                                                           

18 comments:

  1. Brapa byk voltage yg digunakan untuk satu lampu pLB?

    ReplyDelete
  2. Lampu tnb depan umah tu brp watt?
    Dia pakai lampu sodium atau apa?

    ReplyDelete
  3. Saya dah hantar permohonan utk lampu jalan dikawasan rumah saya.tetapi tiada jawapan setelah hampir dua bulan borang permohonan dihantar ke ibu pejabat tnb daerah muar..

    ReplyDelete
  4. Nk tanya la klu lampu jalan depan umah sy nk tutup xnk pakai leh ke x? Perlu bgtau kt tnb ke cm ne? Sbb ape ble mlm je budak2 main badminton sbb bising..tolong bg pencerahan...

    ReplyDelete
  5. Salam saya nak mohon lampu jalan macam mana cara ingin tulis surat

    ReplyDelete
  6. saya nak tanye betullke kalau aply lapu jalan kena bayar pada TNB sb katanye kena panggil kontraktor kos pemasangang melibatkan 2 ke 3 ratus..... sila bagi pencerahan

    ReplyDelete
  7. aya nak tanye betullke kalau aply lapu jalan kena bayar pada TNB sb katanye kena panggil kontraktor kos pemasangang melibatkan 2 ke 3 ratus..... sila bagi pencerahan

    ReplyDelete
  8. Bagaimana pula pihak tnb meletakan tiang sbg penyambung cable dlm halaman rumah kediaman tanpa sebarang bayaran kpd tuan tanah. Tapi bila tuan tanah minta advantages utk diletakan 1 lampu jalan pd tiang tersebut maka perkara itu tdk dibenarkan. So sy nak tanya. Adalah Pihak tnb boleh meletakan tiang dimana2 wpun dlm tanah kediaman org. Tanya aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama macam kawasan rumah saya..tnb letak tiang..tp bila sy nak mohon lampu susah sangat nak lulus..tengah² halaman rumah pulak tu.

      Delete
    2. Pergi Kedai Tenaga isi borang sng je..byr dlm 480 atau 380 itu je tk sampai 1 minggu kontraktor dtg psg..mmg terbaik TNB.Pernah tk menyala call 15454 jam 20.35hrs esok pg dh sampai tkr bru.TQVM TNB


      Delete
  9. Nak tanya betul ke kena bayar RM300 untuk pemasangan lampu jalan di kawasan kediaman (tiang elekrik dah ada). Mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul, rm300 tu tuk harga lampu, jika tiang tiada kena tambah tiang, 3 tiang pertama TNB bagi percume, cas dikenakan tiang ke 4 dan seterusnya, satu tiang harga rm300, saya bru lepas penjelasan dari pihak TNB

      Delete
  10. Tumpang Tanya, berapa jam lampu jalan kediaman menyala? Kat rumah saya pukul 8.00malam baru lampu hidup sampailah ke pukul 7.00pagi. sebaiknya start pukul 7.00malam lah yang elok lampu tu terpasang, sebab waktu tu hari dah mula gelap.

    ReplyDelete
  11. Saya nak tanya, bolehkah,ada satu masalah ini, asalnya lampu jalan itu adalah Lampu awam, dan kedudukan lampu tu atas jalan awam,di jadikan cerita, tanah tu orang baru beli tanah tu, dan didirikan rumah, kebetulan Mereka sukat sempadan tanah tu, tiang elektrik yg ada lampu awam tu termasuk di sempadan tanah mereka, dan kedudukan lampu jalan tu diubah pusing ke dalam tanah mereka dan halaman rumah depan tangga rumah mreka pun cerah. Asalnya lampu tu mencerahkan jalan awam yg saya gunakan kini sudah samar. Kalau saya buat report ke nombor hotline TNB boleh ke. Sekarang ini saya rasa teraniayai oleh tuan tanah yang pentingkan diri mereka sendiri...selain saya tanya pada mereka sendiri itu, Ada tak cara lain, saya nak tahu asal lampu awam di tuka ke lampu individu itu.

    ReplyDelete
  12. Sekarang berapa harga unting pasang lampu jalan

    ReplyDelete