Thursday, September 2, 2010

Lampu individu dan lampu PLB

Tak kurang juga ramai di kalangan kita yang mahu lampu jalan berada dihadapan rumah sendiri. Tujuannya adalah untuk keselatan.... disamping menerangi halaman rumah dan tak perlu pasang lampu di berandar rumah dengan harapan dpt jimat bil letrik rumah.

Terlebih dahulu ingin saya terangkan status lampu jalan individu dan lampu PLB.

1). Definasi Lampu Individu - lampu yang dipasang di tepi jalanraya yang berprimix untuk menerangi jalan yang digunakan oleh orang ramai, caj RM10.00 akan dimasuk kedalam akaun individu yang memohon. Moral - disamping menerangi jalanraya individu berkenaan membuat amal jariah menerangi jalan yang digunakan oleh orang ramai dan TNB menanggung kos lampu, pemasangan dan senggaraan (kos 1set lampu yang TNB tanggung adalah RM480.00 - senggaraan percuma).

2). Syarat - Lampu yang hendak dipasang itu mestilah mengadap ke arah jalan raya dan bukan kearah rumah pemohon. Lampu tsb hendaklah dipasang pada tiang sediada. Tidak boleh dipasang dalam kawasan pagar rumah. Pihak TNB boleh pada bila-bila masa sahaja menutup akaun dan menanggal semula lampu jalan tersebut sekiranya tnb rasa perlu berbuat demikian.

3). Cara memohon - Perlu datang sendiri ke pejabat tnb yang berhampiran untuk mengisi borang permohonan. 1 salinan I/C. 1 salinan bil letrik lama. dan plan lakar lokasi lampu yang hendak di pasang mesti disertakan semasa menghantar borang permohonan tersebut.

4). Bahagian lampu jalan tnb akan menghantar seorang penyeli untuk lawatan tapak di permis yang memohon lampu individu. sekiranya permohonan itu diluluskan, pemasangan akan dibuat dalam masa 2minggu.

TNB telah mewujudkan pemasangan lampu individu dimana seseorang itu boleh memohon dengan pihak TNB untuk pemasangan lampu ini di kawasan berhampiran kediaman individu berkenaaan. Pihak TNB tidak keberatan untuk meluluskan permohanan berkenaan dengan mengikut syarat yang telah ditetapkan. Individu yang membuat permohonan tidak perlu membayar sebarang kos pemasangan atau permohonan, ianya adalah percuma. Sekiranya permohonan individu berkenaan telah mendapat kelulusan, lampu jalan tersebut akan dipasang,ditiang yang telah ditetapkan oleh estimater TNB semasa lawatan tapak. Caj sebanyak RM10.00 sebulan akan dikenakan dan akan dimasukan kedalam bil bulanan.

Lampu PLB

Perbezaan lampu ini hanyalah dari segi ianya dipasang. PLB adalah Pembangunan Luar Bandar.
Biasanya lampu ini diberi oleh kerajaan tempat kepada ketua-ketua kampong sebanyak 10 unit setiap ketua kampong. kedudukan lampu ini pula ditentukan oleh ketua kampong bersama JKK kampong.